How-secure-is-my-Password[14]

sumber gambar

Untuk entri yang pertama, aku nak cakap pasal tips memilih kata laluan yang kuat dan sihat.

Bukan apa, pagi tadi masa tengah online tiba-tiba aku kena tukar password facebook. Konon

nyer ada ‘unusual activity’ kat aku nyer akaun dari negara timur tengah. Mula-mula aku

macam tak percaya jer tapi bila aku tengah blogwalking terjumpa pasal artikel Mangsa Hack

Facebook oleh Indonesia kat OhTidak!. Then, baru aku sedar yang benda nih bukan main-

main. Memang berlaku kes-kes yang melibatkan akaun facebook yang dapat dihack

disebabkan kata laluan yang lemah dan lain-lain lagi.

 

So ni ada beberapa tips untuk pilih kata laluan yang kuat lagi semangat.

 

  • Elak dari menggunakan kata laluan yang sama untuk semua akaun korang.
  • Pilih kata laluan yang panjang. Lagi panjang lagi selamat.
  • Jadikan amalan untuk sentiasa menukar kata laluan.
  • Jangan guna turutan nombor seperti 456 atau 654.
  • Jangan guna huruf yang sama seperti zzz atau nnn.
  • Jangan guna bahasa kamus.
  • Jangan hantar kata laluan korang menggunakan email.
  • Jangan tulis kata laluan ditempat lain.
  • Jangan pilih kata laluan yang mempunyai kaitan dengan maklumat peribadi.
  • Pilih kata laluan yang sukar diteka oleh orang yang mengenali anda.
  • Pilih kata laluan yang senang diingat.
  • Gunakan kombinasi papan kekunci seperti huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol.

 

Beringat-ingatlah ketika memilih kata laluan. Lebih-lebih lagi yang melibatkan akaun

kewangan. Jangan jadi mangsa yang seterusnya yer.Pointing up

 

Sumber


Share/Bookmark