skip to main |
skip to sidebar
Hidup perlu matlamat
Hidup perlu matlamat
Monday, January 31, 2011
Posted by Noor Muhajir
Aku tak tahu yang benda nih betul2 serius. Tersangat-sangat serius. Mungkin sebab
kurangnya liputan dari media massa menyebabkan aku sedikit jahil pasal keadaan sebenar kat
Mesir sekarang ni. Mungkin ramai yang tahu apa yang sedang terjadi kat Mesir tapi belum
tentu faham camne keadaan sebenar kat sana. Aku ada seorang sepupu dan kawan yang
sedang menuntut di Mesir, tapi sampai sekarang belum ada apa-apa berita pasal diorg.
Kalau nak tahu kerajaan Mesir telah menyekat talian komunikasi, internet dan juga servis
Blackberry. Ini menyebabkan terputusnya hubungan luar ke negara Mesir dan menyebabkan
kesukaran untuk mengetahui situasi sebenar di sana. Semua update di Facebook dan Twitter
tentang keadaan sebenar di Mesir dilakukan menerusi talian internet percuma yang
disediakan oleh ISP Perancis.
Ringkasan: Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat
menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Hosni Mubarak ialah diktator yang
memerintah Mesir selama 30 tahun, dan dia adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat
dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi
Tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak
langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk berdemo.
Berikut adalah mesej yang disampaikan melalui Facebook daripada seorang pelajar Mesir:
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.comPlease let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
Tindakan kita sekarang:
dilindungi oleh Allah.
Untuk sentiasa update tentang situasi semasa di Mesir boleh rujuk kat blog Krisis Mesir,
Nasib Pelajar Kita. link
Apa pun aku harap semoga keadaan di Mesir akan kembali tenang dan berjaya mencapai
matlamat revolusi.
Sumber: JOMPHP, Blog Carca-Marba
Krisis Mesir: Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia
Post a Comment