gigi sihat

sumber gambar

Aku suka tengok orang senyum. Bila orang senyum aku akan tengok gigi dia. Cantik

senyuman seseorang tu kalau gigi putih. Lagi aku suka tengok. Lumrah la kan. Sape yang

tak suka kecantikkan. Dari gigi turun ke hati tau. So kali ni aku nak share tips camne nak ada

gigi putih macam aku nih (haha poyo jer).

 

  • Guna berus gigi yang ‘soft’.

        Elak dari gunakan berus gigi yang ‘medium’ atau ‘hard’ sebab boleh menjadikan gigi

        kuning dalam jangka masa panjang. Ini kerana berus jenis ni boleh merosakkan lapisan

        enamel iaitu lapisan gigi paling luar yang berwarna putih.

 

  • Berus gigi dengan lebih kerap.

        Amalkan memberus gigi 2-3 kali sehari sekurang-kurang 2-5 minit.

 

  • Jangan merokok.

        Nicotin dan tar yang terdapat dalam rokok akan melekat pada gigi dan menyebabkan gigi

        gigi menjadi kuning.

 

  • Elak minuman yang boleh mengotorkan gigi.

         Minuman seperti milo, teh, dan kopi kalau boleh cuba kurangkan. Ingat, apa-apa saja

         minuman yang boleh mengotorkan baju putih jugak boleh mengotorkan gigi.

 

  • Elak makanan ringan dan minuman bergas.

        Makanan dan minuman seperti ni akan menghakis lapisan enamel gigi dan menyebabkan

        gigi menjadi kuning.

 

Tips Tambahan:

 

  • Berus gigi dengan soda penaik.

        Campur sikit soda penaik dengan air dan kacau sampai pekat. Jangan keliru soda penaik

        dengan serbuk penaik. Soda penaik ni yang orang selalu guna untuk buat muffin dan kek-

        kek yang lembap. Pastu berus la gigi dengan ‘toothpaste’ buatan tangan ni. Kalau nak

        tambah dengan ubat pemutih gigi pun boleh gak.

 

  • Berus gigi dengan campuran soda dan hidrogen peroksida.

        Campur 2 sudu soda penaik dengan 3 sudu hidrogen peroksida. Hidrogen peroksida ni

        boleh dapat dari farmasi. Berus gigi dengan campuran ni pastu biarkan sekurang-

        kurangnya 2 minit. Ingat, jangan telan ‘toothpaste’ ni. Lepas tu, berus gigi dengan ubat

        gigi biasa untuk hilangkan bau ‘toothpaste’ tadi. Apa pun, dapatkan dulu khidmat nasihat

        doktor sebelum ikut tips ni.

 

Pasni kalau dah putih gigi tu, jangan pulak lupa senyum. Ingat, senyum itu sedekah.Open-mouthed smile

sumber


Share/Bookmark