skip to main |
skip to sidebar
Hidup perlu matlamat
Hidup perlu matlamat
Monday, January 31, 2011
Posted by Noor Muhajir
Aku suka tengok orang senyum. Bila orang senyum aku akan tengok gigi dia. Cantik
senyuman seseorang tu kalau gigi putih. Lagi aku suka tengok. Lumrah la kan. Sape yang
tak suka kecantikkan. Dari gigi turun ke hati tau. So kali ni aku nak share tips camne nak ada
gigi putih macam aku nih (haha poyo jer).
Elak dari gunakan berus gigi yang ‘medium’ atau ‘hard’ sebab boleh menjadikan gigi
kuning dalam jangka masa panjang. Ini kerana berus jenis ni boleh merosakkan lapisan
enamel iaitu lapisan gigi paling luar yang berwarna putih.
Amalkan memberus gigi 2-3 kali sehari sekurang-kurang 2-5 minit.
Nicotin dan tar yang terdapat dalam rokok akan melekat pada gigi dan menyebabkan gigi
gigi menjadi kuning.
Minuman seperti milo, teh, dan kopi kalau boleh cuba kurangkan. Ingat, apa-apa saja
minuman yang boleh mengotorkan baju putih jugak boleh mengotorkan gigi.
Makanan dan minuman seperti ni akan menghakis lapisan enamel gigi dan menyebabkan
gigi menjadi kuning.
Tips Tambahan:
Campur sikit soda penaik dengan air dan kacau sampai pekat. Jangan keliru soda penaik
dengan serbuk penaik. Soda penaik ni yang orang selalu guna untuk buat muffin dan kek-
kek yang lembap. Pastu berus la gigi dengan ‘toothpaste’ buatan tangan ni. Kalau nak
tambah dengan ubat pemutih gigi pun boleh gak.
Campur 2 sudu soda penaik dengan 3 sudu hidrogen peroksida. Hidrogen peroksida ni
boleh dapat dari farmasi. Berus gigi dengan campuran ni pastu biarkan sekurang-
kurangnya 2 minit. Ingat, jangan telan ‘toothpaste’ ni. Lepas tu, berus gigi dengan ubat
gigi biasa untuk hilangkan bau ‘toothpaste’ tadi. Apa pun, dapatkan dulu khidmat nasihat
doktor sebelum ikut tips ni.
Pasni kalau dah putih gigi tu, jangan pulak lupa senyum. Ingat, senyum itu sedekah.
Tips memutihkan gigi
March 15, 2011 at 6:11 PM
jd doktor ggko skg nie ek?
May 14, 2011 at 3:49 PM
@Firdaus
Hehe..takdela. Aku masih setia dgn biotech. Neway sori lambat reply. Bz sikit.